CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday, December 7, 2010

cerita si Rahim

disebuah kampung yang nyaman dan aman, jauh didalam pelusuk hutan belukar. kampung ini terkenal dengan sifat penduduknya ramah dan bersatu. kampung ini dikenali sebagai Kampung Dusun, terletak kira kira 9km dari Bandar Kuala Berang, salah sebuah bandar kecil di Terengganu.

di sebuah rumah di kampung tersebut, terngiang ngiang suara kanak kanak menangis. di hadapan halamannya ramai wanita berkumpul seperti menantikan sebuah khabar gembira. keluarlah seorang nenek tua, menghulurkan kepalanya di jendela lalu menjerit " it's a boy!"..sekumpulan wanita tersebut tidak berhenti henti mengucapkan kata syukur kepada Allah s.w.t.

didalam rumah berkenaan, suasana yang cukup gembira dan berair mata menghiasi salah sebuah bilik rumah itu. kedengaran azan berkumandang, si bapa melaungkan ke telinga anak lelakinya. setelah selesai melaungkan azan, si datuk menghampiri untuk bertanyakan sesuatu.."what will you name him?" soal si datuk..si bapa diam sebentar.."darling nak kasi nama apa kat anak kita ni?"tanya si bapa kepada isterinya,si ibu."i will call him Rahim"jawab si ibu.."so Rahim it is"balas si bapa..maka lahirlah sebuah cerita kehidupan seorang budak lelaki bernama Rahim (bukan nama sebenar.seriously bukan nama sebenar).si bapa dan si ibu sangat menyayangi anak mereka. bersama sama mereka berganding bahu untuk membesarkan rahim.

sedar atau tidak, sudah 3 tahun berlalu..kini Rahim sudah boleh berlari lari.sudah pandai berkata kata.sudah pandai melawan kata.mungkin terpengaruh oleh abangnya dan kawan kawannya.oleh hal yang demikian, si bapa berbincang dengan si ibu, cara untuk mengajar si Rahim yang hanya berusia tiga tahun itu untuk mendengar kata, tanpa memukul atau mengenakan tindakan kasar kepadanya.dalam pemikiran bapanya, tindakan seumpama itu tidak mendatangkan kebaikan kepada si Rahim, malah akan melatih Rahim untuk menjadi lebih nakal. si ibu mengemukakan satu idea "abang kherlih jer kat dia..buat mata bulat bulat,nanti takut la budak tuh"..si bapa bersetuju dengan idea isterinya.

keesokan harinya, Jumaat, si bapa bercadang untuk membawa anaknya itu ke masjid untuk sama sama semayang jumaat di masjid. setelah habis khutbah, para makmum mengambil tempat,membuat saf.si bapa berdiri menghadap imam.si anaknya Rahim,berada disebelah."allahuakbar!"..takbir dilaungkan oleh imam.."allahuakbar!"..saf kembali ke kedudukan berdiri selepas sujud.

kelihatan mata Rahim liar memandang imam dihadapannya. kain yang dipakai tok Imam terselit dialur punggung beliau.Rahim menghulurkan tangan,mencapai kain tok Imam tersibut,dengan niat untuk membantu membetulkan kain tok Imam.setelah berbuat demikian,sebelum sempat Rahim mengalihkan tangannya dari punggung tok Imam, dia terpandang bapanya memandang dengan garamg.matanya seperti mengatakan sesuatu "ko buat apa ha!!??..jangan!!"..seperti faham apa yang dimaksudkan oleh mat bapanya, Rahim cepat cepat menjolok balik kain tok Imam seperti keadaan asal. maka terkejut la tok Imam,lalu melatah.batal solat jumaat mereka pada masa itu.si bapa menarik keluar Rahim,lalu memukul mukul tangannya sehingga menangis.

moral : jangan jolok kain tok imam semasa semayang jumaat...

2 wanna say something??:

Nur said...

serius?????
hahahah....sapela tok imam yg bertuah tuh

Adam Adnan said...

datuk saya tok imam itu..haha